Handset mati boleh di caj semula.... hati mati amat bahaya... Tak nampak akhirat...
Moga kita semua dilindungi Nya. Hidupkan amalan dengan amal yang baik...
Bukan semua apa yang kita impikan dapat diperoleh...namun berkat doa...kita pasti akan dapat apa yang kita impikan... dengan keyakinan kepada Allah..Amin
Selamat Datang....
Buat semua pembaca blog ku.....
Sekadar....Catatan dan nukilan....
Luahan hati...dan sebarang pandangan membina....amat diterima
Sekadar....Catatan dan nukilan....
Luahan hati...dan sebarang pandangan membina....amat diterima
Salam ukhwah dan persahabatan buat semua
Friday, February 12, 2010
Sunday, February 7, 2010
Kemanakah peri kemanusiaan manusia yang bergelar khalifah???
Hari ini kita dikejutkan dengan satu berita kematian seorang bayi 5 bln yang didera dan diliwat oleh bapanya sendiri... Sungguh kejam bukan...
Apakah yang bermain di fikiran lelaki ini?
Apalah dosa si kecil yang baru sahaja mahu mengenal dunia...
Yang belum merasai lagi kasih sayang seorang ibu dan bapa...
Yang tiba-tiba sakit tidak terperi....
Ya Allah... sedihnya hatiku...
Al-Fatihah....

Monday, February 1, 2010
Kebaikan dan kejahatan
Nabi s.a.w bersabda: "Malaikat yang di sebelah kanan (yang menjadi penulis kebaikan) ialah ketua kepada yang di sebelah kiri; maka apabila seseorang melakukan sesuatu kebaikan, dituliskan baginya kebaikan itu menjadi sama dengan sepuluh kebaikan yang tersebut, dan apabila ia melakukan sesuatu kejahatan, lalu Malaikat yang di sebelah kiri hendak menulisnya, berkatalah Malaikat yang disebelah kanan: "Tunggu dahulu;" lalu ia menunggu selama enam atau tujuh jam; kemudian jika orang itu beristighfar dari perbuatan jahat itu, tidaklah dituliskan sesuatu pun; dan jika ia tidak meminta ampun kepada Allah Taala, dituliskan baginya satu kejahatan sahaja."
Abu Umamah r.a
Huraian :
Pengajaran hadith:
i) Setiap manusia diberikan dua malaikat. Setiap satu berada di kanan dan di kiri bagi menulis segala amal yang dilakukan.
Ii) Malaikat yang berada di sebelah kanan bertugas mencatat amal kebaikan serta menjadi ketua kepada yang di sebelah kiri di mana yang berada di sebelah kiri bertugas mencatat amal yang jahat.
Iii) Disebabkan luasnya rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T terhadap hamba-Nya maka setiap satu kebaikan ditulis oleh malaikat dengan sepuluh kebajikan. Sebaliknya bagi setiap amal yang jahat ditulis dengan satu kejahatan sahaja.
iv) Setiap kejahatan tidak terus dicatat dosanya melainkan setelah diberi tempoh enam atau tujuh jam (dengan arahan malaikat yang di sebelah kanan). Sekiranya manusia itu beristighfar dan sempat bertaubat dalam tempoh waktu tersebut maka kejahatan itu tidak akan ditulis dalam daftar amalnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)