Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Dari Sahabat ku Deya
Bukan semua apa yang kita impikan dapat diperoleh...namun berkat doa...kita pasti akan dapat apa yang kita impikan... dengan keyakinan kepada Allah..Amin
Selamat Datang....
Buat semua pembaca blog ku.....
Sekadar....Catatan dan nukilan....
Luahan hati...dan sebarang pandangan membina....amat diterima
Sekadar....Catatan dan nukilan....
Luahan hati...dan sebarang pandangan membina....amat diterima
Salam ukhwah dan persahabatan buat semua
Thursday, January 28, 2010
Friday, January 1, 2010
20 Amalan Kunci Pembuka Rezeki Langit dan Bumi
1) Istighfar dan taubat
2) Taqwa
3) Bertawakal kepada Allah
4) Beribadat kepada Allah dengan sebenar
5) Menunaikan Haji dan Umrah
6) Silaturrahim
7) Berinfak di jalan Allah
8) Memberi nafkah kepada orang yang menuntut ilmu
9) Berbuat baik kepada orang yang lemah
10) Hijrah di jalan Allah
11) Istiqamah
12) Bersyukur
13) Membayar hutang melapangkan rezeki
14) Berniaga dengan jujur
15) Mengeluarkan zakat
16) Kejayaan umat Islam di zaman dahulu
17) Akhlak mulia menjamin rezeki
18) Menggunakan masa dengan sebaiknya
19) Meninggalkan dosa besar dan menjauhi dosa kecil
20) Jadikan harta sebagai kenderaan menuju Allah
Daripada Buku karangan Muhammad Haiye Alawi- 20 Amalan kunci pembuka rezeki dari langit dan bumi- Pustaka Azhar
2) Taqwa
3) Bertawakal kepada Allah
4) Beribadat kepada Allah dengan sebenar
5) Menunaikan Haji dan Umrah
6) Silaturrahim
7) Berinfak di jalan Allah
8) Memberi nafkah kepada orang yang menuntut ilmu
9) Berbuat baik kepada orang yang lemah
10) Hijrah di jalan Allah
11) Istiqamah
12) Bersyukur
13) Membayar hutang melapangkan rezeki
14) Berniaga dengan jujur
15) Mengeluarkan zakat
16) Kejayaan umat Islam di zaman dahulu
17) Akhlak mulia menjamin rezeki
18) Menggunakan masa dengan sebaiknya
19) Meninggalkan dosa besar dan menjauhi dosa kecil
20) Jadikan harta sebagai kenderaan menuju Allah
Daripada Buku karangan Muhammad Haiye Alawi- 20 Amalan kunci pembuka rezeki dari langit dan bumi- Pustaka Azhar
Subscribe to:
Posts (Atom)