Selamat Datang....

Buat semua pembaca blog ku.....
Sekadar....Catatan dan nukilan....
Luahan hati...dan sebarang pandangan membina....amat diterima
Salam ukhwah dan persahabatan buat semua

Thursday, August 27, 2009

Kesilapan dia...haruskah ada maaf???

Hidup yang penuh pancaroba ini memungkinkan kita untuk bertemu pelbagai cubaan dan ujian...

Segala musibah yang kita alami...kadangkala membuat kita putus asa akan kehidupan ini... namun ingatlah sahabatku...


Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa ada hikmahnya..

Mungkin kita yang dulunya alpa...diingatkan Allah agar beringat...

Justeru...maafkanla diri orang lain yang telah menganiaya kita...

Teruskan perjuangan kita sebelum kita dipanggil kelak..oleh Ilahi


Ingatlah...kesedihan kita di dunia akan membawa kebahagiaan di akhirat...

Ujian Allah pada kita bukan kerana Dia membenci kita... malah Dia sentiasa menyayangi kita..

Kerana sekali kita dekat pada Allah...sepuluh kali Allah mendekati kita... Amin

Monday, August 24, 2009

Taubat.....sebelum terlambat

Bersama kita merebut keampunan dari Allah...
Bertaubat dengan tidak menunda-nundakannya..
Kerana kita belum pasti adakah esok masih ada buat kita.....
Semoga taubat kita diampuni Allah dan mendapat redha Nya... Amin

Puasa adalah Jihad

Dua Jihad semasa berpuasa:
- Jihad untuk dirinya semasa siang hari dengan berpuasa
- Jihad pada malam hari dengan mengerjakan solat malam

Puasa Ibadah Yang Besar Ganjaran Pahalanya...

Diriwayatkan dalam shahih Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

" Setiap amalan yang dilakukan oleh anak Adam adalh untuknya, dan satu kebaikan dibalas dengan satu kali lipatnya sehingga 700 kali lipat....

" Orang yang berpuasa mendapat 2 kesenangan:
-Kesenangan Ketika Berbuka Puasa
-Kesenangan ketika berjumpa dengan Tuhannya.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan......

Salam Ramadan

Buat semua muslimin dan muslimat...


Semoga Bulan Ramadan Al- Mubarak ini dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah dan
menguatkan lagi keimanan dan ketaqwaan... Amin